Friday, May 18, 2012

Perjalanan yang berbunga-bunga


Fifi berjalan melalui kelas 4 Harmoni untuk ke tandas. Tetibe, Razif muncul di pintu belakang. Nak pergi merayau lah tu. "Wei Fifi !" jerit Razif. 'Ape kene dgn mamat ni ? ahh. Biar je lah' ngomel Fifi dalam aty. "Woi Fifi ! Apahal kau bajet sgt hah?!" jerit Razif lagi. "So what ? Ade aku kesah ?" balas Fifi dan terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan Razif. "Hey pompuan ni. Bikin wa panas je !"marah Razif. "eee! gile agaknye mamat ni..aku tak cari pasal pun dgn dia. Eisy ! elok2 mood aku baik tadi, tros berubah. Masalah btol lah die tu !" ngomel Fifi seoarang diri. Setelah keluar dari toilet, Fifi berjalan pulang ke kelas. Then, terserempak lagi dgn Razif. "Kau ni kan? Kalau sehari aku aku tak jumpe kau tak sah ke? Bosan aku asyik nak mengadap muke kau aje tiap2 ary !" marah Razif. "Kenape dgn kau ek? aku tak kacau idop kau pon kan? so, jangan kacau idop aku boleh tak? Hisy! " marah Fifi dan tros blahh dari situ. Then, Fifi masuk ke kelas dgn muke bengang. "Kenape dgn kau? pagi2 lagi dah badmood?" soal Syaf. "Aku bengang betol dgn si Razif tu ! aku tak kacau idop die pun. Tolonglah jangan kacau idop aku!" kata Fifi. "Die suke kat kau kot. hehehe."usik Syaf. "Aku tgh badmood ni, kau boleh buat lawak bodo plak kat sini. Aku siku kang!" marah Fifi. "Hahaha. Rileks la. Aku gurau je." pujuk Syaf. Razif juga masuk ke kelas dgn muke bengang. "Aii. Apahal dgn kau ni? tadi elok aje aku tgok kau?" soal Farid. "eee! Si Fifi tu lah. Menyampah aku! Bajet je!" marah Razif. "Eisy! Die kutuk awek aku depan aku pulak. Adoi . " kata Farid. "Sejak bile pulak la si Fifi tu jadi awek kau hah? hahaha..macam mane la kau boleh suke kat minah cm tu?" perli Razif. "Suke aty aku la nak suke sape pun. Yang kau menyebuk pahal ?" kata Farid. (bengang). Belum sempat Razif membalas kata2 Farid, Chegu dah masok.


Malam tu, Razif mengelamun. Dia terlihat handphone nya di atas meja. "Nak call ke?" bisik Razif. Kemudian, dia mengambil hendphone nya dan mencari nombor Fifi. Pada masa yang sama, Fifi yang sedang belajar juga mengelamun. "Rindu la pulak nak gadoh dgn Razif. Eh! ape yang aku merepek ni?" Tetibe, handphone nya berbunyi. 'Nombor sape ni?' bisik hatinya. "Err. Hello.."
"Hello.Fifi ade?"
"ye, saye brckap. Sape ni?"
"Makhluk"
"Cakap betul2 boleh?"
"Alaa. Gurau pun tak leh. Ni Razif."
"Hahh!! Mimpi ape kau call aku? Kalau setakat nak cari gadoh dgn aku malam2 bute ni, terime kasih jela sebab mood aku tgh baik ni."
"Bukan la. Aku nak mintak maaf sebab selalu cari gadoh dgn kau. tu je."
"Aikk? Betul ke ni? Aku tak mimpi ke?"
"Ye. Kau tak mimpi lah. Kau maafkan aku ke tak?"
"hehe. Aku ni bukan jenis yang pendendam, so aku maafkan kau."
"emm. Thanks. Kire kita jd member la lepas ni?"
"Aku tak kesah. hehe"
"Thanks. Kawan?"
"Kawan! Ok lah. Aku dah mengantuk ni. Bye."
"Ok. Nyte2. Bye."
Malam tu, Razif dan Fifi dapat tidur dgn tenang..huhu..

Keesokan harinya, seperti biasa, Fifi akan ke toilet dan melalui kelas 4 Harmoni. Akan tetapi, hari ini berlainan kerana Razif sudah pun minta maaf. Then, Razif muncul lagi di pintu belakang. Pandangan mereka bertembung. "Kau lagi ! Pagi2 lagi aku dah nampak muke kau. Badmood la aku sepanjang hari ni." marah Razif. Fifi terkejot gilerr! "Eh! Bukan ke semalam kau..." belum sempat Fifi menghabiskan kata2 nya, Razif menyampuk. "Ape aku buat semalam? Kau mengigau ke? hahahaha." kata Razif dan berlalu dari situ. Dengan rasa bengang, Fifi terus tak jadi ke toilet dan pulang ke kelas. Selepas waktu rehat, Fifi berjalan pulang ke kelas dari kantin. Tetibe, dia ternampak Razif. Fifi terus melalui jalan yang lain untuk elak dari jumpe Razif sebab Fifi tak nak gadoh dgn Razif. Akan tetapi, Razif perasan akan tindakan Fifi yang cuba mengelak dari bertembung dgnnya.Razif tersenyum nakal.
Fifi sampai kelas lalu duduk di atas kerusinya.Tetibe, die terase seperti ada benda melekat di bajunya. Dia terus bangun dan mendapati ada Chewing Gum di atas kerusi dan bajunya."Sape pulak yang buang chewing gum kat kerusi aku ni ! Bute ke smpai tak kenal mane satu tong sampah !" ngomel Fifi. (bengang giler). "Kerusi kau ke? Sorry la. Aku memang nak kenekan orang dengan Chewing Gum aku tu. Tak sangka pulak kau yang terkena. Tahniah! kahkahkah! " ejek Razif dan berlalu menuju ke kelasnya. "Wei Razif ! " jerit Fifi. Razif pusing belakang je, PPAAPP!! sebiji penampar hinggap di pipinya. Razif bengang dan mengangkat tangannya utk menampar Fifi pula tetapi terhenti. "Kenape?! Cuak? tampar jela !" cabar Fifi."Kenape dengan kau hah! Pasal Chewing gum je pun!" tengking Razif. "Kalau kau sudi nak basuh baju aku, mmg la aku tak kesah. Kau igt tak kan ada kesan ke?" marah Fifi. "Ade aku kesah ke pasal semue tu? Kau tu yang salah. Lain kali, tgok dulu kerusi kau sebelum duduk. hahaha." ejek Razif. Daniel yang menyedari pergadohan sengit tu, terus keluar untuk menenangkan mereka. "Hoi. Kalau nak gadoh pon, jgn la kat sini." pujuk Daniel. " Ini hal aku dgn die. Jgn masok cmpor!" marah Razif. "Korang due org diam boleh tak !!!" tengking Daniel. Fifi terkejut dan terus terdiam. Dia tak pernah tengok Daniel marah. "Okey. Kita jgn gadoh kat sini. Aku tunggu kau kat blakang skolah. Amacam?" cabar Razif. "Okey. Aku terime cabaran kau. kat blakang skolah, lepas Asar." balas Fifi tanpa sikit pun rasa takut. "Yelah2 . Dah. jgn gadoh dah. Emm. Nak tau something tak?" "Ape die?" Kata mereka serentak. "Cube korang tengok kat sekeliling korang." Mereka tengok sekeliling mereka. Rupa-rupanya, ramai orang sedang tengok mereka. " Okey. Aku nak masok kelas. Jangan lupe pulak ptg ni. Kalau nak tarik diri bagitau aku awal2" kata Razif dgn nada mencabar. "Jgn risau. Aku takkan tarik diri. Kau tunggu je sampai aku datang. Chiaoww! " balas Fifi dan pulang ke kelas.

"Wei Fifi. Kau ni memang buat kerja gila la. Kau tau tak dia tu lelaki. Kau perempuan. Kompem la dia yang menang! " marah Syaf. "Hah? Ape kau cakap ni? Aku ada cakap aku nak gadoh ke tadi ?" soal Fifi. "Ya Allah. Sabar jelah dengan perempuan ni. Ada la pasal ! Takkan kau dah lupe kot?" jawab Syaf. "OWW MY PRADA!!!!! Siyess aku ade cakap? matilah aku ! Apa aku nak buat ni Syaf?" kata Fifi, cemas! "Haa. Itu lah kau. Lain kali fikir dulu sebelum cakap." jawab Syaf. "Aku nak fikir macam mane? Aku sendiri tak sedar ape yang aku cakap. Aku bengang sangat tyme tu." kata Fifi. "Kau tak sedar apa yang kau cakap. Yang tyme kau tampar dia kau sedar tak? " tanya Syaf. "Yang itu memang aku sedar. Best giler dapat tampar orang. Lagi2 si Razif tu. Dah lama aku pendam. Hahaha." jawab Fifi dengan bangge. "Banyak la HAHAHA kau. Lepas Asar ni, apa kau nak buat hah?" soal Syaf. "Nak buat cemane lagi? Aku pergi jelah. Hey. Bukan senang nak dapa gadoh dengan lelaki ni. Sekali sekala ape salahnye. Mane lah tau aku dapat cipta sejarah. hahaha" jawab Fifi. "Dia kate kau bawak 2 orang. Kau nak bawak sape?" soal Syaf lagi. "Kau memang kompem aku akan bawak. Lagi sorang aku nak bawak....Atie kot...Amacam?" kata Fifi. "haa! Okey sangat lah tu. Tiga2 orang pun satu kepale..haha" balas Syaf. "Sebab tu la aku nak bawak dia..Okey..Sekarang ni, aku nak kene buat persediaan fizikal dan mental.." balas Fifi.
"Wei Farid ! Zain ! Jom ikut aku lepas Asar ni.." ajak Razif. "Ikut kau? Pergi mana?" soal Farid dan Zain serentak. "Pergi gadoh n belasah orang kat belakang sekolah. Jom lah.."jawab Razif. Dia sengaja tidak memberitahu Farid dan Zain yang mereka akan bergadoh dengan perempuan. Kalau dia beritahu, memang kompem budak 2 ekor tu tak nak pergi. "Jom ! Aku dah lama tak belasah orang ni." kata Zain. "Aku pun sama. Tak sabar la pulak aku nak pergi. haha." kata Farid pula. Mereka tak terfikir langsong yang mereka akan bergadoh dengan perempuan.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah selesai solat Asar, Fifi, Syaf dan Atie bersiap2 nak pergi bergadoh. "Weh. Cuak la pulak. Boleh menang ke ni?" soal Syaf. "Alaa. Rileks la.Si Fifi ni bukan pernah belajar silat ke ? " jawab Atie. "Iye lahh! Aku lupa yang aku pernah belajar silat ! haha. Terima kasih kau ingatkan aku. Okey. Aku akan belasah dia cukup2. Tengok lahh. HAHAHAHA..(gelak setan)" kata Fifi dengan bangge nye. Then, Diorang bertolak pergi ke belakang sekolah dengan kaki yang terketar-ketar. Bila diorang dah sampai, Geng Razif tak sampai lagi. Diorang pun tunggu sambil membayangkan apa yang akan jadi lepas ni. Tak lama lepas tu, Geng Razif pon sampai. Farid dan Zain terkejut dan tak sangka lawan mereka merupakan 3 orang perempuan. "Wehh. Kenapa kau tak cakap Fifi ?" soal Farid. "Hey! Suka hati aku lah aku nak cakap ke tak. Sekarang ni kau nak backup sape? Aku yang dekat 4 tahun satu dorm dengan kau ke minah tu ?" soal Razif. Farid terdiam dan tak mampu kata apa-apa sebab dia dan Razif sudah berkawan rapat sejak dari tingkatan 1 lagi.


ATIE VS ZAIN
FIFI VS RAZIF

SYAF VS FARID


"Ada aku cakap aku nak tarik diri? Kau ingat aku takut sangat ke dengan BAPOK macam kau ni ?!" jawab Fifi. Yang lain terkejut dengan kata2 Fifi. "Ya Allah. Selamatkanlah kawan aku ni.." doa Syaf. Muka Razif kelihatan merah kerana menahan marah. Razif berdiri betul2 di depan Fifi. "Kau cakap aku apa tadi ?!" soal Razif. "Aku cakap kau bapok. Aii. dah pekak ke? Nak aku ulang lagi? AKU CAKAP KAU BAAPOKK!! " jawab Fifi. Razif hilang sabar lalu menolak Fifi sampai jatuh. "Kau apahal hah?!" tengking Razif. Fifi tidak membalas apa2 lalu berdiri. " Hey! Siapa yang cari pasal dulu? Aku ke kau? Hah! " tengking Fifi pula. PPAAPP!! Sebiji penampar hinggap di pipi Fifi. Kuat giler.! sampai Fifi tersungkur. Fifi tidak membalas apa2. "Woi ! Melampau giler tampar pompuan sampai macam tu !" marah Syaf. "Yang kau over apahal? Bukan kau yang kene." jawab Zain. "Hey ! Dia kembar aku, mesti la aku rasa jugak sakitnye !" balas Syaf. "Hah? kembar? Tak sama pon ?" sindir Zain. "Tak semestinya kembar kena sama muka. Ada je kembar muka tak sama." sampuk Atie pula. "Ekeleh. Kau ni sape pulak ? Datang menyemak kat sini?! " soal Zain.
"Aku kawan baik dia sampai mati. Mestilah aku nak sokong dia. Yang kau tu, tak mnyemak ke?! " soal Atie pula. "Aku pun kawan baik Razif sampai mati. Aku nak sokong dia jugak." jawab Zain. "Haa. Dah tu? Tak yah la nak pertikaikan kenapa aku ada kat sini." balas Atie. Zain berdiri depan Atie "Hey, kau nak cari gadoh dengan aku ke?" soal Zain. "Hoi. Sape yang start dulu sekarang ni? Aku ke kau?" soal Atie kembali. Pada masa yang sama, Farid terdiam dan hanya mampu melihat buah hati pengarang jantungnya terjelepok di atas tar akibat ditampar oleh Razif. Syaf perasan Farid memandang Fifi dari tadi. "Yang kau ni pandang2 apahal? Tak pernah tengok orang jatuh ke?" marah Syaf sengaja menguji kesabaran Farid. "Kau jangan la nak cari pasal dengan aku. Aku malas lah nak gadoh dengan perempuan." jawab Farid dengan penuh sabar. Fifi bangun dan Syaf pula berdiri di hadapan Farid. "Kau malas nak gadoh ke, sengaja nak tunjuk baik depan buah hati kau?" sindir Syaf. Farid hilang sabar lalu menolak bahu Syaf. "Kau kenapa? Aku tak cakap apa2 pun. Yang kau nak cari gadoh dengan aku apahal?" soal Farid. (bengang). "Hehe..Aku saje je nak uji kau. Rileks la. Jangan la marah. Milo ais ok? Aku belanja." pujuk Syaf. "Haha. Kau belanja? Okey ! "jawab Farid. "Kita nak gadoh jugak ke? tak payah la.." kata Zain. "entah.. Tak payah la. Baik tengok orang gadoh. Lagi best !" jawab Atie. Pada masa yang sama, Fifi sudah pun berdiri di hadapan Razif. "Aii..Tak serik lagi ke kena pelempang dengan aku sampai jatuh? Ke kau nak melutut mintak maaf ?" sindir Razif. "Kan aku dah cakap kat kau tadi. Aku tak takut dengan BAPOK macam kau ni.." jawab Fifi dengan muka yang tenang dan kerekk Razif hilang sabar lalu ingin menumbuk Fifi. Akan tetapi, Fifi lebih pantas. Fifi membuka langkah silat yang dipelajarinya lalu menewaskan Razif. Fifi sudah bersedia untuk menumbuk Razif saat itu, tetapi dia menarik kembali buku limanya lalu beredar dari situ. "Jom korang. Kita blahh aje. Buang masa layan orang macam ni." kata Fifi. Mereka yang ada di situ semua kelihatan begitu terkejut kerana Razif ditewaskan oleh seorang perempuan. Syaf dan Aie cepat2 ikut Fifi dari belakang. "Syaf ! Milo Ais jangan lupa !" pesan Farid. "Jangan risau. Aku ingat." jawab Syaf. Razif masih lagi terpaku di situ. Masih tidak percaya yang dia ditewaskan oleh seorang perempuan di hadapan kawan-kawannya sekelip mata sahaja. Tak lama lepas tu, mereka pulang ke asrama.

Sepanjang pergadohan itu berlaku, ada orang lain sedang memerhatikan mereka tanpa mereka sedari iaitu Amin dan Daniel. Amin merupakan di antara orang yang rapat dengan Daniel. Mereka berdua turut terkejut kerana pergerakan Fifi begitu pantas. Tak lama kemudian, Daniel tersenyum sendirian. "Tahniah Fifi ! Kau tengok macam mana muka si Razif lepas kena dengan Fifi ? Merah gila! hahaha! " kata Syaf. "Tau tak pe. Aku rasa dia malu sangat kot. Maklum lah, kalah dengan perempuan ! Haahahaha ! " balas Atie. Fifi hanya berdiam diri dan terus baring di atas katil sebaik sahaja sampai ke biliknya. "Kau ni kenapa ? Senyum lah sikit dapat kalahkan si Razif tu.." pujuk Syaf. "Aku tak rasa benda ni akan selesai macam tu aje." kata Fifi. "Maksud kau?" soal Syaf. "Aku yakin..Dia mesti akan cari jalan untuk balas dendam. Ye la..Aku dah malukan dia depan kawan2 dia. Aku takut lah wei.." kata Fifi. "Alaa..Rileks la..Dia tak kan buat apa2 punya kat kau..Tak kan lah dia tak serik2 lagi" pujuk Syaf. "Hmm.Tak apa lahh. Aku malas nak fikir semua ni. Aku hadapi jelah hari esok.." jawab Fifi. "Lagi bagos macam tu. Kau tidur lah dulu. Pukul 6.30 nanti aku kejut kau..Kau mesti penat kan. Pergi rehat.." Kata Syaf. Fifi tidak membalas apa2 dan terus lena.

Pada keesokan harinya, Fifi pergi ke sekolah seperti biasa. Dia tidak terserempak dengan Razif seperti selalunya dan dia berasa sangat lega akan hal itu. Selepas waktu rehat, dia buka begnya untuk mengambil buku latihan. Sebaik sahaja dia membuka zip begnya, banyak lipas yang keluar dari begnya. Dia terus menjerit kerana Fifi sangat fobia dengan lipas. Begitu juga dengan pelajar perempuan yang ada di kelas tersebut. Semuanya pakat berdiri di atas kerusi. 'Ya Allah. Tabahkanlah hati aku. Aku tau semua ni kerja Razif' bisik hati Fifi. Setelah kesemua lipas itu dihalau keluar oleh pelajar lelaki, keadaan menjadi seperti biasa. "Hai Fifi..Kamu terlalu sayangkan lipas tu ke sampai bawa ke mana sahaja kamu pergi.." perli Cikgu Faridah. Satu kelas mentertawakan Fifi. Fifi hanya mampu tertunduk malu. "Sudah lah Fifi. Jangan ambil hati dengan apa yang Cikgu Faridah cakap. Macam kau tak tau perangai beliau macam mana.." pujuk Syaf. "Aku tak ambil hati pasal tu. Aku dah agak benda ni akan terjadi. Aku tau..Ni semua mesti Razif punya kerja. Aku dah kata, benda ni tak akan selesai macam tu aje.." jawab Fifi. Keesokan harinya, Fifi masih tidak terserempak dengan Razif termasuk selepas waktu rehat. Setelah habis kelas, Fifi mengemas barang-barangnya. Sebaik sahaja melangkah keluar dari kelasnya, PPAAPP!! Sesuatu telah terjatuh di atas kepalanya. Fifi meraba-raba atas kepalanya dan mendapati sebiji belon yang berisi minyak jatuh dari atas. Kemudian, Fifi memandang tepi. Kelihatan Razif dan kawan-kawannya sedang seronok mentertawakannya. Dia berasa sangat sakit hati lalu berlari pulang ke asrama sambil menangis. "Apa aku buat dekat dia sampai dia benci sangat kat aku Syaf?" kata Fifi sambil teresak-esak. " Kau sabar jelahh Fifi. Semua ni ujian.." pujuk Syaf. "Aku nak pakai apa pergi sekolah esok. Mana boleh hilang semua ni.." kata Fifi lagi. "Tak apa..Kau pinjam baju aku. Aku ada lebih. Nak?" soal Syaf. "Mesti la nak..Tapi..takpe ke ni?" tanya Fifi. "Kau kan kembar aku, mestilah takpe. Lagipun, kau tgh susah, mstilah aku akan tolong. Kau dah banyak tolong aku. Kali ni, aku tolong kau pulak. Okey?" kata Syaf. "Okey..Thank you so much , Syaf.." ucap Fifi. "Anytime!" jawab Syaf.

Besoknya, Fifi lebih berjaga2 kerana dia memakai baju Syaf. Dia perlu menjaga baju tersebut sebaiknya. Hari ini, Fifi berasa sangat aman sebab sehari suntuk dia tak nampak batang hidung Razif. Tapi, dia tetap kena berhati-hati. Si Razif ni banyak muslihat dia. Setelah tamat persekolahan, " Fifi, boleh tolong aku tak?" tanya Alya merangkap penolong ketua kelas. "Tolong? tolong apa? " soal Fifi kembali. "Aku nak mintak tolong kau hantarkan buku kedatangan ni ke pejabat. Aku kena jumpa cikgu. Boleh?" kata Alya. "Okey..Aku tolong.." jawab Fifi. " Thank you Fifi ! Sayang kau ketat-ketat lah. hehehe.." kata Alya. " Ooo.. Aku nak tolong baru lah kau dan2 nk sayang aku ketat2 ye.. Tak guna punya PKT.. hahaha.." balas Fifi lalu pergi mengambil buku kedatangan. Sedang dia berjalan, Fifi ternampak Razif sedang duduk di tangga. Fifi pun terpaksa ikut jalan jauh. "Wehh. Kau nampak tak apa yang aku nampak kat pondok guard tu?" soal Razif kepada Daniel. "Nampak. Siapa mamat tu wehh. Tak pernah nampak pun.." jawab Daniel. "Kau pergi masuk kelas dulu lah. Aku nak try tegur mamat tu kejap." kata Razif. "Suka hati kau lah. Okey. Aku masuk kelas. Apa2 nanti cerr lahh dekat aku. Bye." pesan Daniel. Mamat tu kelihatan terpinga-pinga. So, Razif pon pergi la tegur. "Hai. Kau ni siapa?" soal Razif. "Nama saya Arif. Saya pelajar baru. Pejabat dekat mana ya?" tanya Arif. "Ooo..Budak baru ke? Meh sini aku tunjukkan pejabat. Kau form berapa?" soal Razif lagi. "Saya Form 4." jawab Arif. "Oo. Samalah kita. Okey.Mulai hari ni, kau kawan aku. Kita akan jadi rapat." kata Razif dengan penuh yakin. Haih ! suke hati dia aje. Mereka berjalan menuju ke tangga. Tibe2, Farid memanggil Razif. "Wei Razif !! Cikgu addmaths on da way nak masuk kelas ! " jerit Farid dari atas. "Haih cikgu ni. Aku baru aje nak bebas sekejap..Emm.. Sory la beb! Aku kena masuk kelas lah. Macam ni, Kau naik tangga sampai tingkat 1, lepas tu, belok kanan. Okey. Bye~ " kata Razif sebelum beredar. Arif pun berjalan seorang diri dan masuk ke pejabat. Tak lama kemudian, Fifi juga sampai ke pejabat. Terpaksa ikut jalan jauh semata-mata tak nak terserempak dengan Razif. Ketika Fifi baru sahaja ingin membuka pintu pejabat, tiba-tiba.. DUSHH!!! pintu pejabat dibuka oleh seseorang dari dalam. Kepala Fifi terasa sangat sakit sampai terduduk Fifi dibuatnya. Arif yang terleka melihat borangnya, terus pergi kepada Fifi. "Awak..Saya mintak maaf.. Saya tak perasan tadi.. Awak okey tak?" tanya Arif. "Kalau awak tengok keadaan saya sekarang ni, agak-agak saya tengah okey ke ni?" jawab Fifi sambil menahan kesakitan. Kepalanya terasa berdenyut. Mungkin kepalanya menerima hentakan yang kuat. Tiba2, Fifi terpandang satu kertas yang ada di depan matanya.. 'Borang kemasukan pelajar?? Budak baru ke?' bisik hatinya. "Okey..Saya minta maaf banyak2.. Siyessly, saya tak ada niat pun nak cederakan awak. Sekali lagi saya minta maaf.." kata Arif dengan penuh rasa serba salah. "Hmm..Tak apa lah.. Bukannya teruk sangat pun. Sikit je......" kata2 Fifi terhenti sebaik sahaja terpandang wajah Arif. 'Mamat ni comel... Agak2 Form berapa la ni..' bisik hatinya. "Awak okey ke?" tanya Arif. "Memang comel.." kata Fifi tanpa dia sedari. "Awak? Awak okey ke tak ni? " tanya Arif buat kali kedua. Fifi tersentak. "hah? hah? emm..emm.. Awak cakap apa tadi? " kata Fifi dengan kelam kabut. "Ni dah kali ketiga saya tanya. Awak okey ke tidak? kata Arif. Fifi berasa malu kerana telah memandang wajah pelajar baru itu terlalu lama. "emm..Ye..Ye.. Saya okey..Buat masa sekarang ni lah..emm..Awak pergi aje lah. Awak nampak macam sibuk aje.." jawab Fifi. "Emm..Pandai awak. Saya memang tengah sibuk sikit. Kalau macam tu, saya pergi dulu ye. Saya minta maaf sekali lagi. Bye! " jawab Arif sebelum beredar. Kemudian, Fifi bangun perlahan-lahan dan terus masuk ke pejabat dan menghantar buku kedatangan tersebu dan terus pulang ke asrama.

Setibanya Fifi di dorm, "Ya Allah, Fifi ! Apa dah jadi dengan dahi kau ?" soal Syaf sebaik sahaja Fifi masuk. "Kau ni kan, kalau aku ada sakit jantung memang aku dah masuk kubur tau tak. Kalau iya pon, bagi la aku bernafas sekejap. Haihh.." jawab Fifi. " Okey. Sorry.. Kau tak jawab lagi. Kenapa dengan dahi kau? " soal Syaf lagi. "Dahi aku? kenapa dengan dahi aku? " soal Fifi pula. "Haihh.. Aku tanya kau, kau tanya aku balik buat apa. Kau pergi tengok cermin. " kata Syaf. Maka, Fifi pun pergi tengok cermin. "OWW MY COUCH ! " kata Fifi sambil ternganga. Terkejut sangat agaknya. "Woi.. Fifi sudah-sudahlah melopong tu, nanti orang kenyang makan nasi kau kenyang makan angin. Baik kau cerita kat aku apa dah jadi tyme kau pergi hantar buku kedatangan tadi.." kata Syaf. "Alaa. Pintu pejabat tu kan kaler hitam..so, orang dekat dalam boleh nampak orang dekat luar, tapi orang dekat luar tak boleh nampak orang dekat dalam.. Ada seorang budak baru sibuk menengok borang dia sampai tak perasan orang dekat luar nak masuk. Dah la bukak pintu kuat gila. Nasib baik aku tak hilang ingatan. Tapi, kalau hilang ingatan pun best jugak. Tak payah lah susah2 aku nak fikir apa yang Si Razif tu nak buat dekat aku. Alahh. Tak kisah la..Yang pasti, bukan aku yang salah dan budak tu dah minta maaf dah pun." jelas Fifi. "Ooo.. Kau kata ada budak baru? Lelaki ke perempuan? Hensem tak? " bertalu-talu soalan Syaf. "Amboi. Bukan nak tolong aku fikir macam mana nak buat dengan dahi aku, sebaliknya kau dok fikirkan budak baru tu? Haih.. Budak tu lelaki. Nampak macam sebaya kita tapi tak tau la pulak dia kelas mana. Dia memang hensem tapi sorry. I dah cop dulu..Haha.." jawab Fifi. "Alaahh.. Kau ni..aku baru aje nak tackle. Kau dah ada Si Farid sudah la. Razif lagi. Tamak betul ! " balas Syaf. "Farid? eeee! Tak nak aku dengan mamat Romeo tu. Kau ambik lah dia tu.. Aku tak kisah. "jawab Fifi. " Alaa.. Farid tu kawan baik aku. Tak kan lah aku nak suka kawan baik aku sendiri. Kalau kau tak nak si Farid tu, kau ada Razif kan?" usik Syaf. " Razif?? Kau buat lawak ke? eee ! Tak kuasa aku melayan kau ni.." ngomel Fifi lalu pergi mandi.






Setelah selesai mandi dan solat Asar, Fifi terus duduk di atas katil Syaf.
Wehh. Macam mana aku nak pergi sekolah esok ??" soal Fifi. " Mana lah aku tau. Emmm.. Sekejap.." jawab Syaf lalu membuka lokernya. "Kalau aku bagi kau pakai ni, kau nak tak? " kata Syaf sambil memegang purdah di tangan nya. " Purdah ? Tak nak lah. " jawab Fifi. "Cerewet lah kau ni. Pakai aje lah. Kalau tak nak, kau pergi lah sekolah dengan dahi macam tu ! " marah Syaf. " Sorry ..Tapi, dah tak ada cara lain dah ke? " tanya Fifi. "Memang dah tak ada cara lain dah. " jawab Syaf. "emm... Kalau macam tu, tak pe lah. Biar aku pergi sekolah dengan dahi macam ni aje. " kata Fifi, kecewa. " Kau ni biar betul.. Tak takut kena bahan ke nanti ?" soal Syaf. " Kalau aku pakai purdah, lagi akan kena bahan aku rasa. so, baik aku tak yah pakai. Biar aku jalan tunduk aje lah. Kan senang. " jawab Fifi dengan penuh yakin. Keesokan harinya, Fifi pun pergi ke sekolah seperti biasa. setakat ni, tiada apa2 yang berlaku. Maybe sebab dia jalan tunduk sangat kot, tu yang tak de sape pun yang perasan. Sampai lah lepas rehat, Fifi pon masuk ke kelas dengan muke selamba. Tiba-tiba, dia terdengar orang tertawa. Fifi sedar yang rakan sekelasnya sedang memandangnya dan berasa hairan sekali. "Fifi ! Sini lah cepat. Yang kau jalan slow motion sangat tu kenape? Adoyy.." kata Syaf. "Wehh.. Kenape dorang pandang aku lepas tu dorang gelak2 ? Aku makan tak comot rasanya." kata Fifi. "Ya Allah, Fifi ! Aku tau lah kau ni short memory, tp jangan lah lupa benda yang penting macam ni ! Dorang gelak sebab tengok dahi kau tau ak?! " jawab Syaf. " Ya Allah ! Aku lupe pasal tuh. ! Malu gilerr !" kata Fifi. "Haa..Itulah kau..Lain kali gy repair memory ko uh..biar kau tak lupe benda2 pnting macam ni.." jawab Syaf. Fifi hanya tertunduk malu sampai tamat persekolahan.



Tyme nak balik asrama, mereka kena lalu kelas 4 Harmoni. Si Fifi ni macam biasa lah seboleh-bolehnya nak mengelak dari terserempak dengan Razif. Tapi, takkan lah dia nak pnatkan kaki dia semata-mata nak elakkan diri dari Razif je? tak berbaloi langsung. Kang tak pasal2 dapat dose menzalimi diri sendiri. PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 BAB 1..hehehe.. so, Fifi pun lalu je tapi memang dia tunduk habis2 ar. 'Cehh ! Nak main tunduk2 pulak. Dia ingat aku tak tau biru kat dahi dia tu..' bisik hati Razif. "Woi Fifi !! Cantikk mekap kau ?! Dah macam badut dah aku tengok ! Hahaha!!" jerit Razif dari muka pintu kelas. ' Dia ni kan, tau aje kalau ada perkara buruk yang berlaku kat aku ! ' bisik hati Fifi sambil menahan malu. "Lagi satu ! Kalau kau nak betulkan mekap kat muka kau tu, aku boleh aje supply..HAHAHA.." jerit Razif lalu ketawa terbahak-bahak. Arif yang dari tadi mengemas mejanya pergi ke pintu untuk lihat apa yang berlaku. 'Eh! Bukankah dia yang aku langgar semalam?' bisik hati Arif. "Razif, siapa nama budak tu?" soal Arif. Farid yang terdengar akan pertanyaan itu, terus pandang. "Nama dia Fifi. Dia lah budak yang paling aku benci kat dalam sekolah ni." kata Razif dengan bangganya. "Kenapa awak benci dia?" soal Arif lagi. Belum sempat Razif menjawab, "Buat apa kau sibuk nak tanya pasal dia ni?" sampuk Farid. Cemburu lah tu. "Tak ada apa2. Sekadar bertanya je." jawab Arif dengan tenang lalu beredar dari situ. Farid hanya mampu menahan bengang.





Ada kawan kita tgh berasap..iAiAiO...



nntykan smbungannyeee....hehehh