Monday, November 23, 2009

THe SWeeT MeMoRieS.....

Semua pelajar tingkatan 5 tahun 2009 (nama sekolah dirahsiakan) telah dikumpulkan kembali untuk menyertai sebuah kem.Para pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan.Semua kumpulan akan meneroka kawasan hutan mengikut trek yang disediakan.Masa yang diperuntukkan hanya 5 hari.Setelah tamat penerokaan,para peserta dikehendaki berkumpul semula di tempat permulaan.Ketika semua peserta telah mendapat kumpulan masing-masing,masih terdapat 6 peserta yang tertinggal.peserta dibahagikan mengikut jantina atas permintaan.Akan tetapi,6 orang ini terpaksa dicampurkan menjadi satu kumpulan kerana ketua fasilitator sangat mengikut prosedur.6 orang itu terdiri daripada Amir,Hafiz,Syafiqah (Ieyka),Syafiqah (Cheeqa),Alif dan Daniel.Mereka adalah kumpulan terakhir dilepaskan.



Setelah dilepaskan,kesemua budak lelaki dalam kumpulan tersebut menjauhi Ieyka dan Cheeqa.Mereka seperti tidak mahu menerima kehadiran Ieyka dan Cheeqa di dalam kumpulan itu."Hisy!! kenapalah diorang masuk dalam kumpulan kita..! Menyusahkan betul!!"kata Amir memecah kesunyian.Ieyka berasa sakit hati mendengarnya lalu membalas kembali "Bukannya kitorang nak sangat satu kumpulan dengan korang! Tak ingin pun! Kitorang pun terpaksa juga!" Cheeqa menenangkan Ieyka "dah la tu..tak dipedulikan mereka tu.tak berbaloi kita bertekak dengan mereka." Ieyka kembali tenang.Tiba-tiba,Cheeqa tersungkur.Kakinya kuka.Ieyka berkata "korang..boleh tak berhenti sekejap,Cheeqa terjatuh ni.." Tiba-tiba,Amir marah "ni yang leceh ni ada budak perempuan dalam kumpulan kita.kejap-kejap..jatuh la..itu lah..ini lah..macam-macam lah diorang ni..!" Hafiz,Alif dan Daniel hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Amir tanpa menghiraukan Cheeqa yang terjatuh da terus berjalan.Ieyka berasa geram lalu menengking budak lelaki itu "Woi!! Berhentilah sekejap..Kaki dia berdarah la.." Mereka tetap tidak menghiraukan Ieyka dan Cheeqa."Kitorang tak akan tunggu korang.Kitorang akan terus jalan.Kalau dah siap balut luka tu,pandai-pandai la korg catch up sendiri ye.." Kata Amir..Ieyka dan Cheeqa berasa kecil hati kerana mereka langsung tidak mahu ambil berat tentang luka tersebut.Ieyka berkata kepada Cheeqa dengan perasaan geram "tak guna punya mamat!! minta tunggu pun susah.." Cheeqa berkata "tak pe la Ieyka..tak payah ambil hati sangat.budak lelaki kan memang macam tu." Ieyka berkata sambil membalut luka di kaki Cheeqa "yela..tak patut diorang buat kita macam ni.sampai hati diorang kan?" Cheeqa menyambung "Biarlah diorang.Asalkan diorang bahagia.."



Setelah selesai membalut,Ieyka dan Cheeqa menyambung perjalanan yang tertangguh dan menjejaki budak lelaki itu.Tiba-tiba,Ieyka perasan sesuatu lalu berhenti "Cheeqa,kau tak rasa kita dah lalu kat sini?" soal Ieyka.Kemudian,Cheeqa menjawab "Aku pun rasa begitu juga."Mereka membuat tanda di tempat mereka berhenti dan teruskan perjalanan.Ternyata mereka menemui tempat yang sama.Ketika mereka ingin menyambung perjalanan,tiba-tiba,kaki Cheeqa sakit.Jadi,mereka berhenti lagi untuk merawat kaki Cheeqa.Sedangkan Amir,Hafiz,Alif dan Daniel masih lagi berjalan.Tiba-tiba,Hafiz berkata "Eh,takkan diorang still tak sampai lagi." Daniel berkata "yela..mana diorang ni? takkan la lembab sangat diorang tu."Amir memarahi mereka berdua"Kenape sibuk sangat nak tanya pasal diorang ni?! biar la diorang tu sesat.lagi bagus.tak payah la nak menyusahkan hidp kita.Aman sikit." Alif menegur Amir "tak baik kau cakap macam tu dekat diorang."Amir membalas kembali "Kenapa pulak? betul kan?" Alif memarahi Amir "Hoi!! ko ni lelaki ke hah?!"Amir membalas lagi "Sebab aku lelaki la aku tinggalkan diorang!" Alif berasa geram lalu berkata "Kita sepatutnya melindungi diorang bukannya tinggalkan diorng macamtu je kat dalam hutan ni! Jom pergi cari diorang.." Amir membantah "Buat ape nak cari diorang? Buang masa je..tak usah la jaga diorang..pandai-pandai la diorang jaga diri sendiri!" Alif bengang lalu berkata "Amir,dalam Al-Quran pun ada mengatakan bahawa lelaki itu pelindung bagi wanita.tak ke begitu?"Setelah mendengar perkataan Al-quran,Amir tidak mampu berkata apa-apa dan mengikut kawan-kawannya untuk mencari Ieyka dan Cheeqa.



"Syafiqah!!" jerit Daniel..Cheeqa terdengar jeritan itu lalu berkata "eh? nama aku.." "Syafiqah!!" jerit Alif..Giliran Ieyka pula mendengarnya lalu berkata "eh? nama aku lah.." Kmudian,serentak mereka berkata "eh? nama kita lah!!" Mereka cukup mengenali suara itu.Ieyka terus menjerit "Alif!!" manaakala Cheeqa memanggil "Daniel!!" Alif,Amir,Hafiz dan Daniel mencari arah suara tersebut.Tiba-tiba,Ieyka dan Cheeqa terdengar sesuatu berjalan menuju ke arah mereka."Ieyka,dengar tak apa yang aku dengar?"kata Cheeqa ketakutan."Aku dengar apa yang kau dengar"balas Ieyka juga ketakutan.Bunyi itu semakin menghampiri mereka.Ieyka dan Cheeqa sangat ketakutan dan berpeluk sesama sendiri dan kemudian mereka sama-sama menutup mata.Tiba-tiba,"Ieyka..Cheeqa..kenapa dengan korang? korang okey tak?"satu suara menyapa.Mereka membuka mata masing-masing dengan perlahan."Ya Allah..korang ke..buat kitorang terkejut je..kitorang igat binatang buas tadi..Alhamdulillah.."Ieyka berkata.Kemudian Alif dan Daniel berkata serentak "wey korang,sorry sangat sebab kitorang tingal korang macam tu aje.Maafkan kitorang ye.."Cheeqa berkata"alaa..Tak pe.Sebenarnya kitorang dah lama maafkan korang.Kitorang tak pernah ambil kisah pun pasal benda tu.Kitorang pun minta maf jua kalau kitorang ni menyusahkan korang."Daniel berkata dengan serba salah sekali "eh..Korang tak usah minta maaf.Korang tak pernah menyusahkan kitorang.Kitorang je yang kena minta maaf kat korang sebab tak ambil peduli pun masa korang susah tadi.Kitorang minta maaf sekali lagi ye."Kemudian Ieyka berkata"Alaah.tak kisah la apa-apapun.Yang lepas,biarkan lepas.okey semua.Baik kita teruskan perjalanan kita.Lagipun hari dah nak hujan ni."Mereka pun teruskan perjalanan.Kemudian,mereka sampai di sebatag anak sungai.Titinya sudah pata.Hanya tinggal batu yang besar-besar sahaja yang boleh digunakan untuk menyeberang.Apabila sampai giliran Ieyka dan Cheeqa untuk menyeberang,masing-masing bingung kerana mereka tak tahu bagaimana untuk menyeberang dan mereka takut jatuh.Tiba-tiba,Alif menghulurkan tangan untuk membantu.Ieyka berasa ragu-ragu pada mulanya tetapi disebabkan tiada cara lain lagi,dia terus menyambut tangan Alif.Cheeqa bingung kerana cuma tinggal dia seorang sahaja yang belum menyeberang.Tiba-tiba,Hafiz menghulurkan tangannya untuk membantu.Ketika dia ingin menyambut tangan itu,tiba-tiba,Daniel pula menghulurkan tangan.Cheeqa sebenarnya menaruh hati terhadap Daniel.Begitu juga Hafiz yang menaruh perasaan tehadap Cheeqa akan tetapi dia tahu Cheeqa menaruh hati terhadap Daniel.Cheeqa memandang tangan Daniel kemudian beralih ke arah tangan Hafiz.Dia ingin menyambut tangan Daniel tetapi dia takut tindakannya akan melukakan hati Hafiz.Dia semakin bingung.Hafiz melihat ke arah tangannya dan sekelip mata dia memahami perasaan Cheeqa.Kemudian,Hafiz menarik kembali tangannya.Tanpa membuang masa,Cheeqa menyambut tangan Daniel dan mereka meneruskan perjalanan.Sebenarnya,mereka telah tersesat selepas mencari Ieyka dan Cheeqa jadi mereka bersetuju untuk bekerjasama untuk mencari jalan pulang.

Beberapa minit kemudian,hujan mulai turun.Mereka cepat-cepat mencari tempat berteduh.Hujan semakin lebat dan mereka hanya berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang,jadi mereka mendapat tempiasnya.Apabila hujan menjadi rintik-rintik,budak lelaki mencari sesuatu untuk dijadikan pelapik untuk mereka tidur.Budak perempuan hanya mengemas tapak perkhemahan mereka dan memasang khemah.Mereka hanya membawa satu khemah yang kecil dan hanya boleh memuatkan dua orang sahaja.Jadi,mreka mengambil keputusan budak perempuan tidur di dalam khemah dan budak lelaki tidur di luar sebagai penjaga.Pada mulanya,Amir tidak bersetuju dengan rancangan itu tetapi setelah dipujuk oleh Alif barulah dia bersetuju dengan rancangan itu.Hujan sudahpun berhenti dan semua budak lelaki sudah pulang dari hutan sambil membawa banyak daun pisang dan daun nipah yang besar-besar sebagai pelapik untuk mereka tidur.

Hari sudah gelap dan suhu di hutan itu semakin rendah disebabkan hujan baru sahaja berhenti.Kemudian,Alif dan daniel mencari kayu api lalu membuat unggun api.Agak sukar untuk membuat unggun api tersebut kerana kayu-kayu api semuanya masih lembab tetapi kebetulan Hafiz membawa sebotol minyak tanah jadi mereka menggunakan minyak tanah tersebut untuk menyalakan kayu api tersebut dan berjaya.Mereka semua mengelilingi unggun api tersebut untuk memanaskan diri sambil bercerita kembali tentang kenangan mereka semasa di sekolah menengah dahulu dan masing-masing mempunyai kenangan yang manis,pahit dan juga melucukan.Setelah penat bergelak ketawa,mereka terus masuk tidur.Selang beberapa minit,tiba-tiba Cheeqa terbangun kerana kesejukan.Ieyka juga terbangun dan bertanya "Cheeqa,kau okey ke?"Cheeqa menjawab "ya..aku okey la..jangan la risau.aku kesejukan sebab tu aku nak keluar sekejap memandangkan unggun api masih belum terpadam."oo..kalau macam tu,aku tidur balik la ye.."Ieyka menyambung kembali tidurnya.Cheeqa keluar dari khemah dan mendekati unggun api tersebut sambil termenung.Tiba-tiba,"eh..tak tidur lagi..buat apa di sini?" satu suara menyapa.Cheeqa terkejut lalu berkata"Ya Allah..Daniel..terkejut Iqah tau.."Daniel membalas "sorry..Daniel tak berniat nak buat Iqah terkejut..maaf la ye"Cheeqa berkata "Tak apa.Iqah tak kisah.Yang Daniel ni pulak kenapa tak tidur lagi ni??"Daniel menjawab"Daniel tak boleh tidur.Iqah pulak"
"Iqah sejuk sangat.Sebab tu lah Iqah duduk kat sini nak panaskan badan.."Cheeqa menjawab pertanyaan tersebut sambil berpeluk tubuh menahan kesejukan."Sejuk? nak jumper Daniel tak? kalau nak Daniel nak bagi ni."Cheeqa menolak"Tak ape.Kalau Iqah ambil nanti Daniel pula yang sejuk"Daniel berkata "Daniel kan lelaki mestilah Daniel boleh tahan.Iqah tu perempuan anti-body rendah."Tanpa membuang masa,Daniel membuka jumpernya dan menyarungkan ke badan Cheeqa.Daniel tahu Cheeqa tidak suka diperlakukan begitu tetapi dia tidak sanggup melihat gadis pujaannya itu kesejukan.Baginya,biarlah dia yang menahan kesejukan daripada Cheeqa yang harus menahannya.Kemudian,Cheeqa mengajak Daniel bersiar-siar di sekitar tapak perkhemahan mereka sambil bersembang.Daniel tidak menolaknya lalu bersetuju dengan cadangan tersebut.Baru sahaja mereka berdiri,tiba-tiba Amir terus duduk "haii...cantiknya bulan.."Amir berkata dan kemudian meyambung kembali tidurnya.Cheeqa dan Daniel tertawa melihatnya dan terus berjalan.Seklang beberapa minit,mereka terdengar seseorang memanggil nama Cheeqa "Cheeqa!! kenapa kau biarkan aku seorang diri dalam khemah.Aku takut la."Ieyka memarahi Cheeqa dan secara tidak langsung mengejutkan Alif sementara Hafiz dan Amir masih tidur dengan nyenyaknya.Alif datang ke arah mereka dan bertanya apa yang terjadi.Mereka menceritakan apa yang terjadi."Daniel..jom.." Cheeqa mengajak."eh..Cheeqa..takkan kau nak tinggalkan aku dengan dia ni."Ieyka membisik."Alaah..apalah salahnya."Cheeqa mengusik lalu meninggalkan mereka berdua di situ.Ieyka hanya berdiam diri sambil memeluk tubuh menahan kesejukan."Sejuk ke? nak baju sejuk?"Alif bertanya kepada Ieyka memecah kesunyian."eh..tak apa..aku still boleh tahan."Ieyka menjawab.Kemudian,Alif terus menyarungkan baju sejuk tersebut seperti yang dilakukan oleh Daniel.Ieyka terkejut lalu bertanya "kau macam mana? boleh tahan ke? sejuk sangat tau kat sini."Alif menjawabnya dengan tenang "Kan aku sepatutnya melindungi kau. macam dalam Al-Quran..Lelaki adalah pelindung bagi wanita.Aku sejuk tak apa,jangan kau sudah la.Kalau kau sakit,aku juga yang susah hati.Jom jalan-jalan macam diorang."Ieyka terus bersetuju kerana dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan.Lagipun dia tidak boleh tidur.Mereka pun jalan-jalan sambil bersembang.

Mereka sampai ke tapak perkhemahan serentak.Tetapi setelah mereka sampai,Amir sedang menunggu sambil berpeluk tubuh menahan marah dan berkata "Mana korang pergi hah? tinggalkan kitorang macam tu aje."Ieyka menjawab kembali" suka hatilah..Siapa suruh korang bangun lambat.Ingat kitorang ni ape.."Alif menyuruh Ieyka supaya bertenang kerana perangai Amir sememangnya begitu.Sesudah makan,mereka mengemas tapak perkhemahan mereka dan meneruskan perjalanan.Beberapa jam kemudian,mereka sampai di sebuah bukit.tak de la curam sangat tapi tinggi la jugak,jadi mereka harus mendaki bukit tersebut.Ketika mendaki,Daniel dan Alif sentiasa berada di hadapan.Hafiz berada di sebelah Cheeqa manakala Amir berada di sebelah Ieyka.Setiap kali Cheeqa hampir terjatuh dia akan berpaut pada Hafiz.Ketika hampir separuh bukit mereka daki,Hafiz melihat Cheeqa kelihatan tidak bermaya untuk mendaki lalu bertanya "okey ke? tengah lapar ea?" Cheeqa menafikannya.Hafiz tidak sanggup melihat Cheeqa yang tidak bermaya lalu menyuruh semua berhenti seketika untuk berehat dan kebetulan mereka hampir sampai di satu tempat yang sesuai untuk berehat juga terdapat sebatang pokok jambu di situ.Semua bersetuju untuk berehat seketika.Masing-masing memetik jambu untuk makan dan dibuat bekal kecuali Ieyka dan Cheeqa.Ieyka meminta tolong Alif petikkan satu untuknya manakala Cheeqa tidak larat untuk bangun.Daniel kelihatan begitu bersemangat sekali memetik jambu untuk diberikan kepada Cheeqa.Baru sahaja dia ingin mendekati Cheeqa,dia melihat Hafiz terlebih dahulu memberikan jambu kepada Cheeqa dan Cheeqa menerimanya.Dia pandang ke arah jambu di tangannya lalu beredar dari situ.Cheeqa terlihat Daniel lalu terlepaslah jambu di tangannya.Cheeqa terus mengikuti Daniel walaupun dia sendiri merasakan yang dirinya tidak bermaya untuk berjalan.Hafiz mengutip jambu tersebut lalu mengekori Cheeqa senyap-senyap.Daniel hanya duduk termenung di atas sebuah batu.Cheeqa melihatnya lalu mendekati Daniel dan menyapa "Kenapa ni?" Daniel berdiam diri.Tidak menjawab pertanyaan Cheeqa.Selang beberapa minit barulah dia bersuara "Kenapa tak makan je jambu yang dia bagi? kenapa datang sini cari Daniel? pergi jela makan."Cheeqa tersenyum lalu menjawab "Iqah nak buah jambu yang Daniel bagi sebab tulah Iqah cari Daniel nak mintak buah jambu.Daniel nak bagi Iqah kan buah jambu tu?" Daniel berasa senang hati lalu mengusik Cheeqa "eh..siapa kata jambu tu untuk Iqah,Tak pernah terfikir pun nak bagi Iqah."Cheeqa kelihatan merajuk lalu berkata "oo..bukan ke..Kalau macam tu Iqah ambil balik lah jambu yang dia bagi.Iqah pergi dulu ya."Daniel cepat-cepat menarik tangan Cheeqa "eh..Jangan la pergi..Daniel gurau je..Buah jambu ni memang untuk Iqah pun..KIta makan sama-sama ya.."Cheeqa mengusik "haa..tau pun tak nak Iqah pergi."Secara spontan Daniel mencubit pipi Cheeqa meskipun dia tahu Cheeqa tak suka diperlakukan sebegitu.Cheeqa terkejut dengan tindakan Daniel namun dia tidak mampu berbuat apa-apa saat itu.Dia terpaku sebentar dan terus menikmati jambu yang diberikan oleh Daniel.Cheeqa dan Daniel langsung tidak menyedari bahawa mereka diperhatikan oleh Hafiz.Dia melihat semuanya dari mula.Dia berasa marah lalu beredar dari situ dan duduk bersendirian.Alif perasan akan tindakan Daniel yang aneh lalu meminta izin daripada Ieyka untuk pergi ke tempat Hafiz.

"Apa kau buat di sini? Pergi la kau dekat Ieyka.Kesian dia sorang-sorang."kata Hafiz.Alif tidak memperdulikan kata-kata Hafiz lantas bertanya "Kenapa dengan kau? Macam ada problem je..Ceritalah dekat aku..Manalah tau aku boleh tolong.."Hafiz menjawab "Aku tak apa-apa.Kau pergi lah.Biarkan aku sorang-sorang di sini."Alif tetap tidak mahu berganjak dari situ.Dia tetap mahu tahu apakah masalah yang dihadapi oleh Hafiz."Kau tak boleh pendam sorang-sorang.Ceritalah dekat aku.Aku tau kau ada masalah.Aku dah kenal kau lama,Hafiz."Soal Alif."Aku tak apa-apa...cuma...Aku cemburu.."jawab Hafiz.Alif berasa pelik."cemburu?? dengan siapa?"tanya Alif."Aku cemburu dengan Daniel."Alif semakin bingung."Kenapa pulak?""Macam ni lah.Aku sukakan Syafiqah.Faham?"Alif terkejut dan terus memikirkan Ieyka."Syafiqah??"Hafiz memahaminya lalu berkata "Bukan Syafiqah tu.Maksud aku..Ieyka Wan..Aku sukakan Syafiqah Akram.Aku cemburu dia mesra dengan Daniel."Alif berasa lega sekali "ooo...sejak bila?"Alif cuba mengorek."Sejak form 5 lagi aku suka dia."Alif cuba memujuk "Alaah..Kalau ada jodoh takkan ke mana,Hafiz.."Tiba-tiba,kedengaran suara Daniel meminta semua bersedia untuk meneruskan perjalanan.Mereka pun berkemas untuk meneruskan perjalanan.Tidak lama kemudian,mereka sampai di air terjun.Ieyka dan Cheeqa begitu teruja melihat air terjun itu dan barulah mereka terfikir untuk mandi.Jadi,mereka meminta izin daripada budak lelaki untuk mandi."Baiklah..Korang dibenarkan untuk mandi..tapi sekejap aje tau"Mereka berasa sangat gembira lalu berkata"Okey boss!!..ermm...nak beg kitorang.."Alif dan Daniel memberikan beg mereka kepada Ieyka dan Cheeqa.Ieyka dan Cheeqa berasa pelik kerana mereka memberikan beg mereka."eh..kitorang minta beg kitorang la.""ohh..kitorang lupa nak cakap..barang-barang korang kitorang dah campurkan dekat dalam beg kitorang sebab kitorang tak nak bawa beg banyak sangat.menyemak aje.so beg korang,kitorang tinggalkan dekat tapak perkhemahan kita hari itu.tak apa kan?"Betapa terkejutnya Ieyka dan Cheeqa seperti nak terkena heart attack..hampir gugur jantung mereka mengetahuinya dan malunya tahap gaban ar..Hanya Tuhan sahaja yang tahu."er..tak apa lah..bagi je beg korang tu."kata Cheeqa gagap."ke nak kitorang ambilkan baju korang.."Daniel mengusik."eh..takpe..takpe..takpe..Kitorang tau nak ambil sendiri.."jawab Ieyka pantas.Daniel dan Alif memberikan beg itu sambil tertawa kecil melihat gelagat Ieyka dan Cheeqa.

Tanpa menghiraukan Alif dan Daniel yang sedang ketawa,mereka terus menuju ke air terjun tersebut.Mereka pandai memilih tempat.Mereka mandi di sebalik air terjun tersebut.Jadi,air yang turun ke bawah menjadi pelindung kepada mereka supaya tidak boleh dilihat orang.Sedang asyik mereka mandi,tiba-tiba,"Woi!! cepat ar sikit!! Berapa lama korang nak mandi hah?!!" Jerit Amir."Sekejap..kitorang tak habis lagi.."Jerit Ieyka pula.Tidak lama kemudian,mereka terdengar suara budak lelaki bergelak ketawa."eh..Ieyka.Aku rase aku dengar suara diorang la."kata Cheeqa."aku pun dengar jugak.entah-entah..Diorang ada dekat sini..habis tu macamana kita nak keluar.."kata Ieyka.Kemudian,mereka menjerit sama-sama "aaarrgghh!!!! apa kita nak buat ni!!!" Jeritan mereka membuat budak lelaki yang berada di bawah menjadi cemas "korang okey tak kat situ..nak kitorang datang ke?"Teriak Daniel."tak apa..kitorang okey..korang dekat mana?"Jawab Cheeqa."Kitorang dekat..er..lebih kurang 1.5 meter ke bawah dari tempat korang.Lagi la Ieyka dengan Cheeqa menggelabah."Ieyka..kau bawak tudung lebih kan?"tanya Cheeqa."Mestilah..kenapa?"jawab Ieyka."Apa kata kita join diorang.nak tak?"Cheeqa mengajak."erm..boleh jugak..jom!"Ieyka bersetuju dengan ajakan Ieyka.Setelah mereka bersiap,mereka keluar dari tempat mandi mereka lalu jerit ke bawah "Korang!! kitorang nak join korang boleh?"Alif menjawab "okey aje..kitorang tak kisah."Cheeqa bertanya "kat situ dalam tak?"Daniel menjawab"emm..Dalam la jugak.."Akan tetapi Cheeqa terdengar lain.Cheeqa dengar 'tak ada la dalam sangat'.Tanpa berfikir apa-apa,mereka terus terjun.Mereka tidak menyangka ia sedalam itu.Mereka terkapai-kapai meminta tolong."weyh...diorang lemas..cepat!!"Mereka terus berenang menuju ke arah Ieyka dan Cheeqa.Alif sempat menarik Ieyka manakala Daniel sempat menarik Cheeqa.Sebenarnya,Hafiz juga ingin menarik Cheeqa tetapi Daniel menariknya terlebih dahulu.Alif dan Daniel menarik Ieyka dan Cheeqa ke tebing.









Mereka bingung dan tidak tahu apa yang harus dilakukan."Siapa yang tau buat CPR?? Aku tak tahu.."kata Alif."er..aku tau tapi..takkan aku nak buat dekat diorang ni.segan dowh!!"kata Amir."tak apa lah..Biar aku buat dekat Syafiqah..er..maksud aku..Cheeqa."kata Daniel.Kemudian,Amir pergi ke arah Ieyka."eh..kau nak buat apa tu??"soal Alif."aku nak buat CPR dekat dia la.."jawab Amir."eh..takpe..takpe..Biar aku buat."kata Alif."tadi kau kata tak reti.."kata Amir."Biar aku je yang buat..dah..tepi sikit!!"arah Alif.Tak lama kemudian,Ieyka tersedar dari pengsan."er..kat mana ni?"Ieyka melihat sekeliling dan dia ternampak Alif sedang memangku kepalanya.Dia terkejut sangat."er..aku x buat apa-apa!! aku..aku.."kata Alif gagap.Ieyka tidak memperdulikan kata-kata Alif dan memandang sekeliling mencari Cheeqa.Dia tengok Cheeqa berada di sebelahnya,baru tersedar.Cepat dia pergi kepada Cheeqa "kau okey?"kata Ieyka sambil memangku kepala Cheeqa."er..aku okey.."kata Cheeqa."Apa dah jadi kat kitorang?"soal Ieyka.Daniel menceritakan kepada Ieyka dan Cheeqa apa yang terjadi.Lantas Ieyka bertanya "habis tu..apa yang korang buat supaya kitorang sedar?"Alif dan Daniel masing-masing menggaru kepala yang tidak gatal."er..er.."Cheeqa seakan-akan memahaminya lalu berkata kepada Ieyka"Dah la tu Ieyka..Kau tau kan diorang kene buat ape kalau ada orang lemas."Ieyka memahaminya"oo..faham..faham..faham.."Cawan berisi air sungai diberikan kepada Cheeqa dan Cheeqa meminumnya sampai habis.Daniel mengambil lagi air kerana Cheeqa kelihatan begitu dahaga.Tiba-tiba,Amir menjadi begitu prihatin terhadap Ieyka."Ieyka..kau okey? nak air?"soal Amir."er..aku okey aje.."jawab Ieyka.Tanpa membuang masa Amir merampas cawan Yang diminum oleh Cheeqa lalu diberikan kepada Ieyka."Eh..air aku..."kata Cheeqa."hei..tu air dia lah.."marah Daniel."alaah..nanti aku isi lah balik bagi kau.."balas Amir.'Peliknya..kenapa tiba-tiba dia baik sangat dengan aku?'Bisik hati Ieyka sambil merenung wajah Amir.'eh..tak baik aku buruk sangka..mungkin dia benar-benar ikhlas'bisik hatinya lagi lalu mengalihkan pandangannya.Kemudian,Hafiz menerpa ke arah Cheeqa secara tiba-tiba lalu bertanya "Iqah..okey ker..? ada sakit kat mana-mana? ada luka tak?"Tiba-tiba sahaja Cheeqa terasa sakit di dadanya "argh..Daniel..sakit!!"Hafiz terkejut sangat dengan apa yang Cheeqa kata.Sedangkan dia yang lebih concern tapi Cheeqa sebut nama Daniel bila dia sakit.Menyirap darah Hafiz kerana cemburu.Dia terus pergi dari situ.




Hari sudah senja.Mereka cari tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah.Setelah selesai melakukan semua kerja yang patut,mereka menyalakan unggun api.Apabila semua orang sudah tidur.Cheeqa terdengar ada seseorang memanggil namanya.Dia membuka matanya.Dia terkejut kerana Hafiz yang memanggil namanya."Iqah..Keluar kejap.Hafiz nak cakap sikit." "cakap dekat sini aje tak boleh?"soal Cheeqa."Alaah..benda ni private.Hafiz tak nak cakap kat sini..Pliz Iqah.."Cheeqa mengikut Hafiz ke mana sahaja dia pergi.Cheeqa percaya akan Hafiz.Dia tahu Hafiz tidak akan apa-apakannya.Setelah sampai di suatu tempat yang agak sunyi,"apa yang Hafiz nak cakap?"tanya Cheeqa memecah kesunyian."er..sebenarnya..Hafiz..Hafiz sayang Iqah.."luahnya gagap."laa..itu je ke nak cakap..Hafiz ni..Iqah pon sayang Hafiz jugak..Iqah sayang semua kawan-kawan Iqah tau.."Jawab Cheeqa."Iqah,Hafiz sayang Iqah bukan sebagai seorang kawan tapi lebih dari tu.."Cheeqa terkejut dengan kata-kata Hafiz."er..er...Maafkan Iqah sebab..sebab Iqah tak boleh terima.Hati Iqah dah ada kat orang lain."Hafiz berasa cemburu kerana dia tahu orang yang berada di hati Cheeqa adalah Daniel."Siapa lelaki tu?! Daniel?!"Sekali lagi Cheeqa terkejut dengan kata-kata Hafiz.Dia tidak mahu menipu kerana kalau dia menipu mungkin keadaan akan menjadi lebih parah jadi mahu tidak mahu di terpaksa mengangguk."Kenapa? Hafiz tak setanding dia? nak kata dia kacak? Hafiz pun apa kurangnya..nak kata dia pandai? Hafiz pun sama aje..kitorang setaraf..ape yang istimewanya dia kepada Iqah?"kata Hafiz bengang."Iqah dah lama sukakan dia..sejak form 1 lagi..Hafiz ingat senang ke Iqah tinggalkan dia macam tu aje?"terang Cheeqa."Okey..kalau macam tu biar Hafiz bunuh aje dia biar tak ada penghalang..betul tak?"kata Hafiz."Hafiz!! kenapa Hafiz cakap macam tu?! diakan kawan Hafiz?"marah Cheeqa."Apa Hafiz peduli..Hafiz tak pernah tak dapat apa yang Hafiz nak..Kalau dia nak rampas apa yang Hafiz sepatutnya dapat dia bukan kawan Hafiz..Dia musuh Hafiz!"tegas Hafiz."Ya Allah Hafiz..Istighfar la..""Apa yang korang buat dekat sini?"kata Daniel yang tiba-tiba muncul di situ."Hafiz nak cakap something kat Iqah tadi."Hafiz hanya menahan marah kerana dia cukup tak suka Daniel di situ."jom..kita balik..Hafiz..jom."ajak Cheeqa."pergi jelah..Hafiz nak duduk sorang-sorang kat sini.."kata Hafiz."kalau macam tu kitorang balik dulu ye.Assalamualaikum."kata Cheeqa.'Waalaikumussalam'jwb Hafiz dalam hati.

Mereka semua bersembang sambil bergelak ketawa di tapak perkhemahan kecuali Hafiz.Tak lama kemudian,Hafiz datang dengan perasaan marah.Terdapat sebilah pisau di tangannya.Dengan perasaan marah yang membuak-buak Hafiz berkata kepada Daniel "Wei Daniel..baik kau datang cepat.Aku nak lawan dengan kau.Kau dah rampas apa yang aku nak.Cepat!"
Mereka semua tidak memahami apa yang sedang terjadi.Daniel memahaminya lalu bangun tapi dihalang oleh Cheeqa."Cheeqa..tak pe..Aku tau dia boleh.."kata Alif.Akhirnya Cheeqa membenarkannya."Jom la kita lawan."cabar Daniel."Huh..Aku tak nak lawan kau tapi aku nak terus bunuh kau"kata Hafiz lalu menyerang Daniel.Daniel sempat mengelak namun tercalar juga di dadanya.Daniel mengerang kesakitan "Arghh!!"Semuanya terkejut dengan tindakan Hafiz.Alif dan Amir terus memgang Hafiz manakala Cheeqa mencari secebis kain untuk mencuci dan membalut luka Daniel.Hafiz meronta-ronta meminta dilepaskan "Lepas kan aku..aku belum puas hati lagi..Aku nak bunuh dia..Aku nak dia mati!!!"Jerit Hafiz.Tanpa membuang masa Alif menendang kaki Hafiz dan membaringkannya lalu berkata "Istighfar lah!!..kau sedar tak apa yang kau buat.Kenapa sebab benda kecik macam ni pun kau sanggup nak bunuh kawan baik kau sendiri!!"Hafiz terdiam dan kemudian melepaskan diri lalu lari ke dalam hutan.Cheeqa mencuci sambil mengalirkan air mata sedangkan Daniel kelihatan tenang sekali."Kenapa Iqah nangis?"tanya Daniel."mesti sakit kan?"kata Cheeqa."Kalau Daniel kehilangan Iqah lagi sakit"kata Daniel."hisy!! tengah sakit macam ni pun boleh cakap lagi.."marah Cheeqa main-main.Bile Cheeqa dah habis cuci luka Daniel,dia meminta izin untuk membawa Daniel ke dalam khemah..Daniel dibiarkan berehat di dalam khemah tersebut,manakala Hafiz bersendirian di atas sebuah batu yang besar..maybe,dia tngah fikirkan kesalahan dia kot..Hari sudah malam,Hafiz masih berada di atas batu tersebut.Cheeqa hanya melihatnye dari jauh sementara Daniel masih lagi nyenyak tidur dalam khemah..Tak lama lepas tu,Cheeqa pergi kat Hafiz."Assalamualaikum.."ucap Cheeqa.."Waalaikumsalam.."Hafiz menoleh.Bila dia nampak Cheeqa,terus dia tak nak pandang."kenapa tak pergi jaga dia? diakan sakit.pergi la jaga dia.Buat apa datang sini?"kata Hafiz dengan nada perli. "Dia dah tidur la..jangan la macam ni..okey?" pujuk Cheeqa. Hafiz masih tidak mempedulikan Cheeqa.."awak..jangan la macam ni.." pujuk Cheeqa lagi..Tiba-tiba, Hafiz bersuara " sa..saya minta maaf..Saya betul-betul hilang kawalan tadi..Saya nak minta maaf kat dia tapi saya takut..sa..saya takut dia tak akan maafkan saya..saya rasa bersalah sangat..! " Cheeqa tersenyum." Awak..sebenarnya bukan awak takut..awak sebenarnya ego..saya faham..ego seorang lelaki tu memang tinggi..tapi, kalau awak nak dia maafkan awak, awak kenalah rendahkan ego awak tu..Lagipun dia kan kawan baik awak.Saya yakin dia akan maafkan awak. Sedangkan nabi pun memaafkan umatnya, takkan la dia tak nak maafkan awak kot..percayalah..hati dia lembut.." nasihat Cheeqa.Belum sempat Hafiz menjawab, Daniel sudah pun berada di belakang mereka. " Korang tengah buat apa ni?" soal Daniel."awak..kenapa tak tidur lagi ni? awak kan sepatutnya berehat dalam khemah?" soal Cheeqa pula."Saya terjaga tengok Iqa tak de..Saya risaukan Iqa..Saya pergi la cari..haa..Iqa belum jawab soalan saya lagi." Hafiz membuat muka menyampah tetapi tidak diketahui oleh mereka berdua. " ohh..Hafiz ada masalah la..Jadi, saya sebagai kawan dia, saya bagi la nasihat kat dia." Daniel kelihatan seperti tidak dapat menerima alasan Cheeqa kerana cemburu menguasai diri."awak tak percayakan saya?" soal Cheeqa yang seperti dapat membaca apa yang sedang difikirkan oleh Daniel."saya percaya kat Iqa..okey?" Cheeqa berasa lega."terima kasih kerana masih mempercayakan saya" "erm..okey.." Daniel dan Cheeqa kemudiannya berlalu meninggalkan Hafiz seorang diri.Hafiz yang berada di situ berasa sangat kecewa tetapi dia hanya simpan di dalam hati kerana yang penting baginya sekarang adalah melihat orang yang dicintainya bahagia.


Pada masa yang sama, Ieyka sedang duduk seorang diri di cerun bukit.Alif sudah lena diulit mimpi.Tidak lama kemudian, Amir datang membawa buah jambu yang mereka petik tempoh hari."woi..! termenung je keje!" sergah Amir..Ieyka kelihatan sangat terkejut akan kedatangan Amir."Hooii..! tak reti nak bagi salam ke?! eisy! kalau aku ada sakit jantung, da masuk kubur aku tau tak?!" marah Ieyka." Alaa..sorry..Assalamualaikum.."ucap Amir."Walaikumussalam..apahal? kalau kau datang semata-mata nak cari masalah dengan aku, baik kau pergi tidur je.." sindir Ieyka."Alaa..jangan la salah faham. Aku tau la aku selalu bergaduh dengan kau selama kita kenal. Aku datang sini nak minta maaf sebab aku selalu cari masalah dengan kau la. ni aku bawakan buah jambu..jom makan sama-sama..biar aku suap kau.." pelawa Amir."eh..eh..eh..kau ni kenapa? kau demam ke? eee! tiba - tiba aje nak berbaik dengan aku.ni mesti ada apa-apa.baik kau cakap kau nak ape.." jawab Ieyka."Kau ni tak baik bersangka buruk kat aku. aku ikhlas nak minta maaf tau.."pujuk Amir."yelah..yelahh..sebenarnya aku dah lama maafkan kau la..aku tak ambil kisah pun pasal tu.banyak benda lagi aku nak kena fikir, so baik aku lupa je semua tu." kata Ieyka."yeay! baiknye kau..meh sini aku suapkan buah jambu.." pelawa Amir."boleh jugak..lagipun tangan aku kotor ni..cepatlah..aaaa.." jawab Ieyka.Sebenarnya Amir telah pun jatuh cinta dengan Ieyka..tapi dia sengaja tutup perasaan itu dengan bergaduh dengan Ieyka.Baru sahaja Amir ingin menyuakan buah jambu ke dalam mulut Ieyka, ada suara menegur.."korang buat apa ni?" soal Alif yang secara tiba-tiba tercegat di situ.Wajah Amir berubah tiba-tiba. "ohh..Amir ni datang minta maaf kat aku sebab selalu cari gaduh dengan aku selama ni..pastu aku suruh dia suapkan jambu sebab tangan aku kotor.." jawab Ieyka dengan selamba." ooo..macam tu ek?" kata Alif yang kelihatan seperti kecewa."alaa..ko0l ar..kitorang baru nak start kawan ni.." kata Ieyka lalu pergi ke arah Alif."kalau macam ni, aku nak jadi macam Hafiz boleh tak?" kata Amir secara tiba-tiba."maksud kau?" soal Alif." Aku nak bunuh kau jugak..boleh tak?" Kata Amir lagi."Ieyka terus ketawa kerana menyangkakan bahawa Amir hanya bergurau.Akan tetapi Alif tau yang Amir memang serius kerana mereka sudah lama berkawan.Alif dapat mengagak bahawa Amir sudah jatuh cinta dengan kekasih hatinya."dah la korang ni mengarut aje..jom tidur..dah mengantuk ni" kata Ieyka sekaligus menghentikan lamunan Alif.



Keesokan harinya, Alif terjaga awal pagi dan tidak boleh memejamkan matanya.Dia bercadang untuk mandi.Yang lain masih lagi lena dibuai mimpi, jadi dia pergi ke sungai seorang diri.Tanpa dia sedari, ada seeorang mengekorinya dari belakang. Sedang syok Alif mandi, tiba-tiba, ada sesuatu yang menarik kakinya..Alif terkapai-kapai..Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.Dia tidak tahu kepada siapa dia harus meminta tolong.Alif hampir lemas..Tanpa berlengah lagi, Alif terus menghayunkan tangan nya.Tepat pada sasaran! Kemudian, Alif cuba untuk melihat apa yang telah menyerangnya da dia yakin itu manusia.

Tiba-tiba, Alif ternampak seseorang keluar dari sungai dan melarikan diri ke dalam hutan.Alif cuba mengejarnya tetapi dia sudah kehilangan tenaga semasa di dalam sungai tadi.Jadi, dia berhenti mengejar dan menukar pakaian lalu pulang ke tapak perkhemahan.Setelah smpai je kat tapak perkhemahan,org first yang Alif terpandang ialah Amir. "Wei Amir ! " jerit Alif .Ieyka terjage n tros tnye " awk,nape ney ?" soal Ieyka. Alif tidak mempedulikan soalan Ieyka.Then, Amir bangun dan marah-marah."Pahal kau ?! aku nk tido ahh ! " Alif geram."Aela . tak yah pura-pura lagi lah.Kau ingat aku tak tahu. Kau kan yang tarik kaki aku mase aku mandi sungai tdi ?! " soal Alif dalm keadan marah ."Ape kau merepek ni ? aku baru bangun kan ni ? jawab Amir selamba."Habis tu . kenape mulut ko berdarah ? jatuh? ke kene tumbuk ?"perli Alif .Amir terdiam."dah la tu . jangan gadoh lagi ."pujuk Ieyka.Sebaik saja Alif berpaling,Amir bangun untuk menyerang Alif.Ieyka yang ternampak Amir terus menjerit "ALIF!! JAGA-JAGA!!" Alif tak sempat nak pertahankan diri dia.Dia pusing je , DUSHH ! . dengan serta merta Alif terjatuh dan kepalanya terhantuk di atas sebiji batu ."ARRGHH !! " jerit Alif . Kepalanya berdarh . Amir nak tumbuk lagi tetapi cepat-cepat ditahan oleh Hafiz ."Jangan kacau aku ! aku tak puas hati lagi !" jerit Amir . Kemudian, Cheeqa muncul ."Kenape ni ?"soal Cheeqa.Dengan melihat keadaan Alif yang diriba oleh Ieyka dan Amir yang dipegang oleh Hafiz,Cheeqa sudah dapat membayangkan apa yang terjadi tadi.Cheeqa pergi ke arah Amir .PAPP!! pipi Amir ditampar oleh Cheeqa ."Jangan buat kerja bodoh boleh tak?" kata lalu bergegas ke arah Ieyka. "Ieyka ! kau pergi cari kain dalam khemah dan basahkan dengan air."Ahh!! lepas lahh !"jerit Amir lalu berlari menuju ke hutan. Hafiz ingin mengejar Amir ."biarkan dia pergi tenangkan diri dia.Nanti dia balik la tu." kata Cheeqa dengan tenang.Setelah membersihkan luka Alif,Ieyka memapah Alif ke khemah.

Keesokan harinya,mereka berkemas-kemas untuk meneruskan perjalanan kerana kecederaan Alif dan Daniel tidak bolah dibiarkan terlalu lama kerana takut dijangkiti kuman.Amir masih belum pulang ke tapak perkhemahan sejak semalam."Amir mana? dia tak nak ikut kita balek ke?" soal Ieyka."Biar je dia. Aku yakin dia ada dekat2 sini je . aku yakin jugak dia akan ikut kita dari belakang."kata Cheeqa.Then, mereka teruskan perjalanan.Hafiz membantu Cheeqa untuk memapah Daniel ,manakala Ieyka hanya memapah Alif seorang diri. Kesian Ieyka. Nasib baik la Alif hanya mengalami cedera ringan.Tiba-tiba,Amir muncul dari belakang Alif dan Ieyka.Mereka agak terkejut tapi cover2.Then,Amir tolong papah Alif."Wey, aku mintak maaf. Aku betul2 hilang kawalan tyme tu." kata Amir ."tak pelahh. yang lepas,biarkan lepas.Benda dah jadi."kata Alif dengan tenang."Aku sayang dia dan aku cemburu setiap kali aku nampak dia dengan kau.sorry wey ."kata Amir lagi. Alif masih lagi tenang.Ieyka hanya mampu diam kerana dia sendiri terkejut dengan kenyataan tersebut."Aku faham perasaan kau."jawab Alif."Aku harap kau dapat bahagiakan dia."pesan Amir. "Jangan risau. Aku akan jaga dia sebaik mungkin dan aku akan sayang dia sampai mati."Kemudian , mereka berdua memandang Ieyka yang sudah tertunduk lalu tersenyum.
Hafiz juga mnyatakan perkara yang sama kepada Daniel.

Tiba-tiba, "Argghh ! sakit ! dada aku sakit!" jerit Daniel. Mereka berhenti sebentar."Hafiz, boleh tolong saya?"tanya Cheeqa.Hafiz mengangguk tanda setuju."Tolong petikkan daun yang ada kat situ , hancurkan dan basahkan dengan air." Hafiz terus gy cari daun tu dan buat ape yang Cheeqa suruh. Setelah Hafiz smpai dengan daun tersebut, Cheeqa menyapukan daun tersebut ke luka Daniel. Daniel menjerit kesakitan. Then , ade lebih.Cheeqa suruh Ieyka sapu kat kepala Alif."nak sapu tak?" soal Ieyka kepada Alif."Takut la pulak.hee~" kata Alif. Tanpa bercakap banyak,Ieyka terus sapu kat kepala Alif. Sakit tak Sakit kena sapu jugak. Then, mereka meneruskan perjalanan.Akhirnya ,mereka sampai jugak sebab dorang ternampak asap. Then, dorang cari asap tu datang dari mana dan jumpa jaln keluar. Rupa-rupanya, Dorang dah duduk kat dalam hutan tu selama 2 minggu.

CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.CERITA INI JUGA ADALAH IMAGINASI IEYKA DAN CHEEQA. TIADA KAITAN DENGAN SESIAPA PUN.

p/s: name yg ade kat dalam neyh x der kaitan ngan sesaper..so kalau ade antare korg yg name Alif,Daniel,Hafiz or Amir,,neyh bukan korg yerk..kitorg ltak nme tuh sbb x tau nk ltak nme pe..arp mklom...

SEKIAN, TERIMA KASIH...

No comments:

Post a Comment